ORANG AWAM

>> Semak Status Tanah Di Pasir Mas

 

 

PELANCONGAN

>> Tempat-Tempat Menarik & Bersejarah

 

 

SAIZ TEKS

OPERASI KAUNTER

Ahad - Rabu
8.00 Pagi - 1.00 Tengahari
2.00 Petang - 4.15 Petang


Khamis
8.00 Pagi - 1.00 Tengahari
2.00 Petang - 4.00 Petang

PROGRAM 5S

Logo Induk Program 5S
Pejabat Tanah & Jajahan Pasir Mas

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday95
mod_vvisit_counterYesterday116
mod_vvisit_counterThis week1038
mod_vvisit_counterLast week1195
mod_vvisit_counterThis month5156
mod_vvisit_counterAll19679

Now is: 2010-07-31 15:36

LLAGU KELANTAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

TARIKH KEMASKINI

Rabu 28 Julai 2010

 
 
Jemputan Bengkel Keusahawanan - Membuat Biskut Raya Anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 28 July 2010 02:57

 

Pasir Mas, 26 Julai 2010 - Pada hari Isnin 26 Julai 2010 yang lepas, seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Pasir Mas telah menghadiri Bengkel Keusahawanan - Membuat Biskut Raya anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan di Rumah PUSPANITA, Kampung Sireh, Kota Bharu. Program ini dinamakan 'Program Kasih Permata Bonda' yang merupakan program sumbangan kepada seramai 200 orang anak-anak yatim perempuan ke setiap jajahan.

 

Program ini bertujuan untuk memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim miskin bagi persiapan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri serta memberi peluang kepada ahli PUSPANITA untuk mendekatkan diri kepada anak-anak yatim yang kurang bernasib baik. Sumbangan tersebut berbentuk biskut-biskut raya yang akan dibuat sendiri oleh ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negeri Kelantan secara berjadual bermula 25 Julai 2010 hingga 9 Ogos 2010. Jadual untuk PUSPANITA Cawangan Pasir Mas ialah pada 26 Julai 2010 dan 2 Ogos 2010. - Unit Teknologi Maklumat

 
Pertandingan Bowling Antara PUSPANITA Jajahan Pasir Mas PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 25 July 2010 22:55

 

Pasir Mas, 23 Julai 2010 - Satu Pertandingan Bowling Antara PUSPANITA Jajahan Pasir Mas telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas, bertempat di Mutiara Bowl, Billion, Kota Bharu. Pertandingan ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Sebelum pertandingan bermula, satu acara perasmian telah dilakukan oleh YABrs. Ketua Jajahan Pasir Mas dengan melakukan satu balingan bola bowling. Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh Pengerusi PUSPANITA Jajahan Pasir Mas iaitu Pn. Hajjah Maznah binti Hamid, naib johan telah dimenangi oleh Pn. Mimi Azura iaitu isteri kepada KPKJ (Khidmat Pengurusan) dan tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Pn. Che Noorbani binti Mohamed Noor dengan jatuhan pin masing-masing melebihi 200 pin. - Unit Teknologi Maklumat

 
Jemputan Ceramah Pengurusan Konflik Rumahtangga Di Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 20 July 2010 01:13

 

Pasir Mas, 19 Julai 2010 - KPKJ (Khidmat Pengurusan), En. Mohd Ridzuan Bin Sulaiman telah dijemput oleh Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Konflik Rumahtangga kepada peserta Kursus Pra Perkahwinan. - Unit Teknologi Maklumat

 
Program Hari Keluarga PTJPM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 18 July 2010 04:39

 

Kuala Terengganu, 16 Julai 2010 - Program Hari Keluarga Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu pada 16 dan 17 Julai 2010 yang lepas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk saling kenal mengenali antara keluarga  kakitangan serta dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan PTJPM. Sekali-sekala program seperti ini diadakan, ianya dapat menghilangkan tekanan setelah melakukan tanggungjawab dan tugasan di pejabat. Pelbagai aktiviti juga turut diadakan sekaligus memeriahkan lagi Program Hari Keluarga Pejabat Tanah Dan Pasir Mas tersebut. - Unit Teknologi Maklumat

 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Page 1 of 3