msen
       

 

SEJARAH JABATAN

We have 33 guests and no members online

Sejarah Jabatan

Jajahan Pasir Mas merupakan salah satu daripada 10 buah jajahan yang terdapat di Negeri Kelantan di samping satu jajahan kecil iaitu Jajahan Kecil Lojing. Pentadbiran Jajahan Pasir Mas berpusat di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang terletak di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jajahan Pasir Mas disempadani oleh Jajahan Tumpat disebelah utara, Jajahan Tanah Merah disebelah Selatan manakala Jajahan Kota Bharu disebelah Timur dan disebelah Barat bersempadan dengan Thailand. Disebabkan lokasi geografinya, Jajahan Pasir Mas menjadi pintu masuk utama dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke negara Thailand.

Terdapat 10 buah daerah dibawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas yang merangkumi 40 buah Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu. Daerah Penggawa terdiri daripada daerah Alor Pasir, Bunut Susu, Chetok, Gual Periuk, Kangkong, Kubang Gadong, Kubang Sepat, Lemal, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Keluasan Jajahan Pasir Mas adalah 57,800 hektar atau 614.15 Kilometer persegi, iaitu 3.9 peratus dari keluasan Negeri Kelantan.

 

Bandar Baru Pasir Mas

Dibangunkan bagi menampung kehendak pembangunan semasa. Pembangunan diadakan di atas tapak tanah kerajaan seluas 107.06 ekar di Lubok Jong Mukim Apam, Daerah Gual Periok. Ia terletak di tepi lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang, 09 km dari Bandar lama.

Kompenan pembangunan Bandar Baru Pasir Mas adalah Kompleks Kerajaan Apam Putra yang menempatkan Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas, Kediaman Rasmi Ketua Jajahan dan Dewan Serbaguna menjadi catalyst pembangunan masa depan Bandar Baru Pasir Mas. Kompenan lain adalah pembangunan bercampur dan pembinaan sebuah pasaraya.

 

Matlamat


Matlamat sebenar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ialah untuk membangunkan jajahan dan negeri serta penduduknya selaras dengan kehendak-kehendak yang termaktub di dalam Agama Islam.

 

Objektif

Objektif utama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas terbahagi kepada lima iaitu:

  • Menyediakan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah kepada rakyat
  • Mewujudkan rakyat yang berdikari dan dinamis
  • Mewujudkan sebuah jajahan yang maju melalui pelaksanaan pembangunan masyarakat secara fizikal dan rohani
  • Menjadikan jajahan sebagai satu pusat pengumpulan data
  • Mewujudkan sebuah jajahan yang aman dan sejahtera

 

Fungsi

Antara fungsi utama pejabat ini ialah:

  • Melaksanakan dasar dan polisi Kerajaaan
  • Menguruskan, menyelaras dan merancang aktiviti-aktiviti pembangunan dan Pentadbiran jajahan
  • Bertindak sebagai badan perhubungan antara jajahan dengan rakyat
  • Memungut segala jenis hasil jajahan
  • Memupuk kemasyarakatan, perpaduan, keselamatan dan muhibbah di peringkat Jajaha

Hakcipta © 2010 - 2019 Pejabat Tanah Dan Jajahan Paisr Mas
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Pasir Mas Lubok Jong, 17000 Pasir Mas. Tel : 09 7917963 Faks : 09 7917706 Email : ptjpm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

Search